Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat kargo mendarat cemas di lautan

    WASHINGTON, 4 JULAI – Sebuah pesawat kargo Boeing 737 dengan dua anak kapal melakukan pendaratan cemas di perairan Honolulu, semalam, ekoran masalah enjin.

    Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata seorang juruterbang kritikal manakala seorang lagi mengalami kecederaan serius.

    Penerbangan 810 Transair menuju Honolulu menerusi lapangan terbang di Maui, menurut data penerbangan FlightAWare.

    Pesawat itu cuba berpatah balik ke Honolulu ketika terpaksa mendarat di perairan kira-kira 1:30 pagi waktu tempatan, kata seorang jurucakap FAA dalam satu kenyataan.

    “Menurut maklumat awal, Pengawal Pantai Amerika Syarikat menyelamatkan kedua-dua anak kapal. FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) akan menyiasat,” kata kenyataan itu.

    Hawaii News Now berkata seorang juruterbang berusia 58 tahun kritikal, sementara juruterbang kedua berusia 50 tahun, berada dalam keadaan serius dengan kecederaan kepala dan beberapa luka. – AFP

    Sebuah kapal Pengawal Pantai AS meronda kawasan kapal terbang kargo terhempas di luar perairan Oahu, berhampiran Honolulu pada 2 Julai 2021. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda