Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pesawat terhempas di Tasik Victoria

    DAR ES SALAAM, 6 NOV – Sebuah kapal terbang membawa 43 orang jatuh terhempas ke Tasik Victoria di Tanzania awal hari ini disebabkan cuaca buruk sejurus sebelum ia dijangka mendarat di barat laut bandar Bukoba.

    “Berlaku kemalangan membabitkan kapal terbang Precision, yang terhempas ke laut kira-kira 100 meter dari lapangan terbang,” beritahu komander polis serantau, William Mwampaghale kepada wartawan di lapangan terbang Bukoba.

    Pesuruhjaya serantau Albert Chalamila berkata 43 orang, termasuk 39 penumpang, dua juruterbang dan dua kru kabin, menaiki pesawat itu dari ibu negara kewangan Dar es Salaam ke bandar tepi tasik di rantau Kagera.

    “Setakat ini, kami berjaya menyelamatkan 26 orang dan telah dibawa ke hospital,” kata Chalamila.

    “Operasi menyelamat masih diteruskan dan kami sedang berkomunikasi dengan juruterbang,” kata beliau, menambah butiran lanjut akan dikongsi kemudian.

    Gambar video yang disiarkan di media tempatan menunjukkan badan kapal terbang itu sebahagiannya tenggelam ketika anggota menyelamat meredah dalam air untuk membawa penumpang ke tempat selamat.

    Pekerja kecemasan berusaha mengeluarkan pesawat udara dari air dengan menggunakan tali, dibantu oleh kren. – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...