Monday, March 17, 2025
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesta pelancongan hujung minggu ini

    Oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OKT – Agensi pelancongan Pan Bright Travel Service (PBT) akan menganjurkan satu lagi pesta pelancongan pada hujung minggu ini dengan memberi tawaran-tawaran menarik kepada pengunjung yang merancang untuk menempah tiket-tiket dan penginapan di luar negara.

    Bertemakan ‘Panamazing Travel Fair 2019’, pesta berkenaan diadakan sempena acara Home & Lifestyle anjuran Pusat Membeli-Belah Times Square, Berakas di mana ia akan berlangsung selama dua hari.

    Pengurus Jualan dan Pembangunan Perniagaan Pan Bright, Dayang Nur Khadijah binti Abdullah menjelaskan, ini merupakan penyertaan kali kedua PBT dalam acara tersebut.

    Selain daripada tawaran hebat yang ditawarkan untuk acara itu, banyak hadiah ‘Panamazing’ akan boleh dimenangi para pelanggan termasuk potongan harga tiket penerbangan dan pakej percutian ke Malaysia.

    PBT juga bekerjasama dengan Bank Baiduri dan Bank Standard Chartered dalam kempen pada kali ini di mana pemegang kad kredit dan debit Bank Baiduri akan mendapat peluang berganda dalam cabutan bertuah Travel & Win agensi tersebut dan 25 rebat harian bagi kad kredit Baiduri.

    Sementara itu, pemegang kad kredit Standard Chartered pula akan berpeluang membuat cabutan bertuah segera (untuk 150 pelanggan pertama) yang menawarkan hadiah termasuk barangan SCB, rebat tunai serta Royal Skies Miles dan Kris Flyer miles.

    PBT juga akan memberikan 10 hadiah untuk cabutan harian termasuk tiket penerbangan ke Manila untuk dua orang, satu tiket penerbangan ke Manila, beg kabin PBT dan penginapan di Kota Kinabalu.

    Di samping itu, pelanggan juga akan layak untuk penyertaan cabutan bertuah tahunan PBT edisi ke-6 iaitu ‘Travel & Win a Car of a Birkin’, di mana dalam edisi tahun ini, PBT bukan sahaja menawarkan satu kereta baharu tetapi dua kereta sebagai hadiah utama kempen tersebut.

    Agensi pelancongan Pan Bright Travel Service akan menganjurkan pesta pelancongan khususnya kepada pengunjung yang ingin menempah tiket-tiket dan penginapan di luar negara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda