Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Petak hadapan milik Verstappen

    SPIELBERG, AUSTRIA, 4 JULAI – Pendahulu kejohanan dunia, Max Verstappen yang beraksi dengan pasukan Red Bull akan memulakan perlumbaan dari petak hadapan di Grand Prix Austria selepas menewaskan Lando Norris dari pasukan McLaren dalam pusingan kelayakan kelmarin manakala Lewis Hamilton terpaksa menarik diri.

    Kedudukan petak hadapan ketiga berturut-turut buat Verstappen meletakkannya di kedudukan kukuh untuk melebarkan jurang 18 mata meninggalkan Hamilton pada perlumbaan kesembilan musim Formula Satu. Rakan pemandu sepasukan dari Belanda, Sergio Perez akan memulakan perlumbaan dari barisan kedua bersama-sama Hamilton dari Mercedes di litar Spielberg yang dimiliki oleh Red Bull.

    “Saya berharap kami dapat melengkapkan perlumbaan esok,” kata pelumba berusia 23 tahun yang mendapat sorakan daripada penonton yang kembali berada di litar Grand Prix sejak bermulanya pandemik koronavirus.

    “Kembali melihat peminat bersorak adalah pemandangan luar biasa,” katanya.

    “Malahan sebelum Q1 bermula, mereka sudah memberikan sorakan dan mereka kelihatan sedang bergembira, terutama selepas penutupan tempoh setahun setengah yang diharungi oleh semua orang dan kini kembali dibuka semula.”– AFP

    Aksi Max Verstappen semasa pusingan kelayakan Formula Satu di Grand Prix Austria, baru-baru ini.- AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda