Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Petani Perancis azam teruskan protes

    PARIS, 30 JAN – Petani Perancis hari ini terus mengekalkan sekatan jalan raya di lebuh raya utama ke Paris untuk hari kedua, meningkatkan tekanan ke atas kerajaan untuk memberikan lebih banyak konsesi dalam konflik yang semakin meningkat.

    Perdana Menteri, Gabriel Attal dijangka berucap di parlimen dan mengumumkan langkah-langkah baharu bertujuan meredakan kemarahan petani terhadap keadaan kerja mereka, ketika beliau menghadapi krisis terbesarnya sejak dilantik oleh Presiden Emmanuel Macron bulan ini.

    Para petani kini telah mengadakan protes selama lebih seminggu, yang telah merebak ke ibu negara di mana traktor, jerami dan objek-objek lain telah menghalang pengguna jalan raya daripada memasuki Paris melalui beberapa laluan utama sejak kelmarin.

    Setakat lewat pagi hari ini, kesesakan lalu lintas sepanjang 40 kilometer di sekitar ibu negara dilaporkan, menurut laman pemantauan Sytadin.

    Kerajaan setakat ini telah mengamalkan pendekatan yang lebih berhati-hati dengan penunjuk perasaan, sambil menjelaskan bahawa sebarang percubaan untuk menyekat lapangan terbang utama Paris atau pasar makanan borong Rungis yang besar di selatan bandar akan dianggap sebagai melampaui batas.

    Sumber polis memberitahu AFP bahawa kira-kira 1,000 petani dan 500 kenderaan telah terlibat dalam protes kelmarin dan mereka kelihatan bertekad untuk meneruskan protes hingga Jumaat. – AFP

    Seorang petani memandu traktor ketika para petani Perancis mengambil bahagian dalam protes sekatan jalan raya di lebuh raya A9 di Nimes, selatan Perancis, pada 29 Januari 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...