Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PGA7 rampas rokok seludup, pistol angin

    MACHANG, 2 JAN – Seorang lelaki berusia 38 tahun yang disyaki penjual rokok seludup sekitar Machang, ditahan sepasukan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Kampung Batu 23, di sini, awal pagi tadi.

    Penolong Pegawai Pemerintah PGA7 DSP Ku Majidin Che Ku Jusoh berkata pihaknya melakukan serbuan ke rumah kedai tersebut pada pukul 1.30 pagi, selepas menerima maklumat berkaitan penyeludupan tersebut.

    “Hasil daripada soal siasat dan pemeriksaan di dalam rumah tersebut, telah menemukan rokok putih pelbagai jenama (3,640) batang dan rokok kretek pelbagai jenama (280) batang.

    “Seterusnya, pemeriksaan lanjut di tempat menyimpan pakaian di dalam rumah kedai tersebut pula telah menjumpai sepucuk pistol angin berwarna hitam dan wang tunai pelbagai berjumlah RM14,650 yang dipercayai hasil kegiatan penjualan rokok seludup,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda