Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    PGGMB adakan kunjungan penuh makna

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 APRIL – Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Tadbir Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB), baru-baru ini mengadakan lawatan ke rumah dua orang ahli warga emas PGGMB.

    Lawatan dalam bulan Ramadan itu adalah selaras dengan tujuan penubuhan PGGMB iaitu me-ngusahakan kegiatan-kegiatan kebajikan ahli-ahlinya.

    Rombongan yang diketuai oleh Yang Dipertua PGGMB, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman itu telah mengadakan lawatan ke rumah Pengiran Haji Mohd Yassin bin Pengiran Matassan dan Haji Zainal Abidin bin Haji Muhammad yang pernah dilantik sebagai ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir PGGMB.

    Antara lain lawatan itu adalah untuk mengekalkan hubungan silaturahim dan mengambil peluang bagi mengetahui keadaan kesihatan mereka di samping menghargai sumbangan dan jasa mereka sewaktu berkhidmat dengan PGGMB.

    Siri lawatan berkenaan akan diteruskan dari semasa ke semasa dan dianggarkan lebih 40 peratus daripada jumlah keseluruhan 2,930 orang ahli PGGMB pada masa ini dalam lingkungan umur 61 hingga 90 tahun.

    Rombongan PGGMB bergambar bersama Pengiran Haji Mohd Yassin semasa mengadakan kunjungan ke kediaman beliau. – Gambar serahan PGGMB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda