Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Serbaguna Sekolah PGGMB Sungai Akar, Jalan Kebangsaan, kelmarin.
Majlis diungkayahkan oleh Badan Kesenian dan Kebudayaan PGGMB dengan kerjasama Sekolah PGGMB Sungai Akar dan Sekolah Tunas Jaya (STJ) Lambak Kanan, Madang dan Kuala Belait.
Majlis dihadiri oleh Yang Di-Pertua PGGMB, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman dan Jawatankuasa Tertinggi PGGMB, guru-guru dan kakitangan Ibu Pejabat PGGMB dan sekolah.
Majlis sambutan itu dimeriahkan dengan per-sembahan lagu-lagu raya yang dipersembahkan oleh sekolah-sekolah berkenaan, di samping turut diadakan cabutan nombor bertuah dan peraduan pakaian tercantik bagi lelaki dan perempuan.
Majlis tersebut diharap dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara JKTT PGGMB dan guru-guru sekolah berkenaan.
Pada majlis itu, guru-guru turut diseru untuk terus memberikan sokongan, kerjasama dan komitmen yang berterusan kepada pihak PGGMB dan sekolah masing-masing agar dapat melahirkan pelajar yang berpendidikan, berkemahiran dan bertanggungjawab kepada negara tercinta ini.