Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Piala AFCON: Maghribi benam Tanzania

    SAN-PEDRO, 18 JAN – Pasukan separuh akhir Piala Dunia 2022, Maghribi, memperoleh kemenangan 3-0 ke atas Tanzania yang beraksi dengan 10 orang pemain di San Pedro semalam ketika mereka membuka kempen Piala Negara-negara Afrika (AFCON) bagi Kumpulan F.

    Kapten, Romain Saiss, menjaringkan gol pada separuh masa pertama, dan selepas Tanzania mengeluarkan Novatus Miroshi, Azzedine Ounahi dan Youssef En-Nesyri telah menambah jaringan gol buat Atlas Lions.

    En-Nesyri telah memperoleh peluang selepas sembilan minit, tetapi tidak menyempurnakan bola dengan baik apabila sepakannya tersasar.

    Tanzania mempamerkan kekuatan, baik dalam pergerakan dan penguasaan bola, namun gagal memberikan kejutan apabila mereka ketinggalan dalam masa setengah jam.

    Hakim Ziyech, yang dipinjamkan ke Galatasaray dari Chelsea, melaku sepakan percuma menembusi benteng pertahanan, tetapi gagal ditangkap oleh penjaga gol, Aisha Manula, membolehkan Saiss menendang bola melepasi pintu gawang.

    Apabila pasukan meninggalkan padang pada separuh masa pertama, ia pastinya menimbulkan kebimbangan jurulatih Tanzania kelahiran Algeria, Adel Amrouche, kerana pasukannya gagal menghasilkan sebarang percubaan gol dalam masa 45 minit.

    Harapan Tanzania untuk menyamakan kedudukan musnah ketika berbaki 20 minit apabila Miroshi mengasari Ounahi, dan dibuang padang atas kesalahan kad kuning keduanya.

    Ounahi melengkapkan hantaran sempurna untuk menambah kelebihan Maghribi pada minit ke-77 dengan rembatan rendah dari dalam kotak penalti yang melepasi Manula ke sudut gawang.

    Tanzania bergelut dengan 10 pemain dan bolos sekali lagi pada minit ke-80 apabila En-Nesyri melakukan sepakan lintang ke gawang untuk gol yang disahkan oleh VAR dua minit kemudian. – AFP

    Saiss (kanan), meraikan bersama En-Nesyri (tengah), dan Aguerd selepas menjaringkan gol pertama pasukannya semasa AFCON 2024 kumpulan F perlawanan bola sepak di Stade Laurent Pokou di San Pedro pada 17 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...