Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Piala Dunia eSukan bermula tahun depan

    RIYADH, 24 OKT – Arab Saudi kelmarin mengumumkan bahawa ia akan menganjurkan Piala Dunia eSukan mulai tahun depan, satu langkah terbaharu dalam usaha Riyadh yang diharap akan mewujudkan puluhan ribu pekerjaan tempatan.

    “Piala Dunia eSukan adalah langkah semula jadi seterusnya dalam perjalanan Arab Saudi untuk menjadi hab global utama untuk permainan dan eSukan,” kata pemerintah de facto kerajaan itu, Putera Mohammed bin Salman, dalam satu kenyataan.

    Putera Mohammed dikenali sebagai peminat permainan video, terutamanya Call of Duty, dan Arab Saudi telah melabur secara besar-besaran dalam sektor itu sejak beliau, yang berusia 38 tahun, menjadi pewaris takhta enam tahun lalu.

    Tahun lalu, putera mahkota itu mengumumkan strategi pelaburan bernilai AS$38 bilion untuk Kumpulan Permainan Savvy negara itu, yang dimiliki oleh dana kekayaan negara.

    Matlamatnya adalah untuk mewujudkan 39,000 pekerjaan berkaitan eSukan menjelang 2030.

    Reichert bercakap dengan media semasa pelancaran Piala Dunia eSukan di Riyadh pada 23 Oktober lalu. – AFP

    Pihak kerajaan juga mahu menjadikan Arab Saudi sebagai ‘hab untuk pencipta permainan’ yang boleh menghasilkan permainan-permainan baharu yang ‘mempromosikan budaya orang Arab dan Arab Saudi’, menurut strategi eSukan kebangsaan, dengan menyasarkan 30 permainan kompetitif global yang dihasilkan di studio domestik menjelang 2030.

    Edisi pertama Piala Dunia eSukan dijangka berlangsung pada musim panas depan, menggantikan kejohanan eSukan festival Gamers8 selama lapan minggu yang menampilkan hadiah terkumpul berjumlah AS$45 juta pada tahun ini.

    “Awda boleh melihat Gamers8 sebagai ujian percubaan untuk Piala Dunia eSukan,” kata Ralf Reichert, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Piala Dunia eSukan yang baru ditubuhkan.

    Tidak dinyatakan permainan mana yang akan dimasukkan ke dalam Piala Dunia eSukan, selain mengatakan bahawa butiran lanjut akan diumumkan pada awal tahun depan.

    “Kejohanan itu akan merangkumi permainan paling popular di dunia merentasi semua genre dan akan menawarkan hadiah terkumpul terbesar dalam sejarah eSukan,” kata kenyataan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...