DAKAR, 7 MAC – Presiden Senegal, Macky Sall menetapkan 24 Mac sebagai tarikh baharu pusingan pertama pilihan raya presiden, menurut kenyataan akhbar Majlis Menteri-menteri pada petang kelmarin, lapor Xinhua.
Pengumuman itu dibuat selepas Majlis Perlembagaan memutuskan bahawa sebarang tarikh selepas 2 April bertentangan dengan Perlembagaan kerana penggal presiden semasa tidak boleh melebihi tarikh itu.
Pada mesyuarat Majlis Menteri itu juga, Sall mengumumkan pembubaran kerajaan dan melantik Sidiki Kaba sebagai perdana menteri baharu, menggantikan Amadou Ba. – Bernama
