DILI, TIMOR LESTE, 21 MEI – Penduduk Timor Leste hari ini membanjiri pusat mengundi untuk membuang undi dalam pilihan raya parlimen, dengan harapan untuk menamatkan kebuntuan politik selama bertahun-tahun di negara termuda Asia itu.
Ia merupakan undian parlimen kelima sejak negara itu meraih kemerdekaan daripada Indonesia pada 2002 selepas 24 tahun penjajahan, dengan 65 penggubal undang-undang negara akan diundi untuk mandat selama lima tahun. – AFP