Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pilihan raya Thailand: Pengundi luar negara mula mengundi

    BANGKOK, 25 APRIL – Menjelang Pilihan Raya Umum Thailand pada 14 Mei nanti, rakyat di luar negara akan mula mengundi hari ini di pejabat kedutaan dan konsulat agung.

    Terdapat sejumlah 115,139 warga Thailand berdaftar sebagai pengundi luar negara.

    Setiausaha Agung Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Sawaeng Boonmee berkata pengundian awal akan berakhir pada 5 Mei bagi memastikan kertas undi sampai di Thailand pada hari pengundian. 

    Beliau berkata kertas undi itu akan dihantar ke Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di Thailand melalui diplomatic pouches atau dibawa sendiri oleh pegawai kedutaan sebelum diedarkan ke kawasan masing-masing dan dikira pada hari pengundian.

    Timbalan Jurucakap Ke-rajaan, Ratchada Thanadirek berkata SPR mungkin menetapkan tarikh pengundian baharu bagi warga Thailand di Sudan disebabkan konflik di negara itu.

    Kementerian Luar Negeri (MFA) dan agensi berkaitan akan bekerjasama rapat untuk memastikan semua kertas undi akan sampai ke Thailand pada masa yang ditetapkan.

    MFA telah membangunkan Sistem Pemantauan Pengundian Luar Negara (OVMS) untuk memantau perkembangan situasi di pusat pengundian di luar negara. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda