Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pinggan kayu diberi sentuhan unik

    KANAGAWA – Tukang kayu, Kamakura-bori, Kazuhiko Mitsuki menumpukan perhatian ketika dia mengukir imej ke dalam pinggan kayu menggunakan pisau kecil.

    “Sudut pisau menentukan berapa banyak kedalaman gambar itu dan bagaimana tiga dimensinya akan terlihat,” kata tukang itu.

    Mitsuki, 72, yang mempunyai lebih daripada 40 tahun pengalaman, melihatkan prosesnya.

    Pada sebuah pinggan kayu berukuran kira-kira 27 sentimeter diameter, Mitsuki memulakan proses tachikomi, salah satu langkah awal ukiran kayu Kamakura-bori.

    Pisaunya dengan teliti mengikut garis besar salah satu daripada beberapa terung, perlahan lahan mengukir gambarnya. Piring itu kemudiannya akan dilapisi dengan lakuer, dikeringkan dan diasah. Proses itu akan di-ulang beberapa kali.

    Terdapat lebih daripada 30 langkah dalam prosesnya, jadi dia mengambil masa lebih daripada sebulan untuk menyiapkan satu kerja.

    Karya Kamakura-bori yang dibuat oleh Kazuhiko Mitsuki. GAMBAR ANN/JAPAN NEWS
    Satu imej diukir ke dalam pinggan kayu semasa proses yang dipanggil tachikomi. GAMBAR ANN/JAPAN NEWS
    Kazuhiko Mitsuki. GAMBAR ANN/JAPAN NEWS

    Kamakura-bori dikenali dengan warna merah gelap yang kaya yang dicapai melalui banyak lapisan lakuer. Pada tahun 1979, Kamakura-bori telah ditetapkan sebagai kraf tradisional.

    Teknik ini dikatakan bermula pada zaman Kamakura (akhir abad ke-12 hingga 1333) apabila pengukir Buddha, atau busshi – dipengaruhi oleh tradisi China mengukir corak yang rumit dan menggunakan banyak lapisan lakuer – mengukir perabot altar Buddha.

    Semasa era Meiji (1868-1912), kuil-kuil mengalami kemunduran apabila kerajaan mengeluarkan perintah untuk memisahkan Shintoisme dan Buddhisme. Pada masa ini, busshi menjana wang dengan membuat barangan keperluan harian atau cenderahati, seperti dulang bon dan zen, pinggan, mangkuk, penyepit dan jubako, atau kotak pernis bertingkat yang digunakan untuk membawa makanan.

    Mitsuki, penduduk asli Wilayah Osaka, berhenti dari pekerjaannya di firma kejuruteraan awam ketika berusia 25 tahun dan memulakan kerjayanya sebagai pengukir Kamakura-bori.

    Dia berkata dia merasakan ada batasannya ke atas apa yang dilakukannya di syarikat itu kerana komputer mula digunakan untuk mereka bentuk jambatan dan struktur lain.

    Mitsuki berkata, dia mula berminat dengan kraf itu selepas membaca novel Jiro Nitta yang mana salah satu watak utamanya ialah seorang tukang kayu Kamakura-bori.

    Tukang seni sering menggabungkan corak geometri seperti kikkomon, corak heksagon yang dinamakan kerana persamaannya dengan cangkerang penyu, ke dalam reka bentuknya.

    “Sebab saya menggunakan corak geometri mungkin kerana saya pernah mencipta lukisan kejuruteraan,” kata Mitsuki. “Salah seorang rakan sekerja lama saya juga menunjukkan perkara itu.”

    “Memikirkan bahan apa yang akan dicampurkan ke dalam lakuer itu juga menyeronokkan,” tambahnya. “Tetapi lebih daripada segala-galanya, saya suka perasaan membuat sesuatu dengan tangan saya sendiri.”

    Sejak menjadi presiden Dento Kamakura-bori Jigyo Kyodo Kumiai, sebuah persatuan koperasi perniagaan Kamakura-bori, pada 2015, Mitsuki telah mengetuai usaha untuk mempromosikan Kamakura-bori.

    Dia mengatakan bahawa industri itu kini menghadapi kesukaran.

    Pada kemuncaknya, terdapat 500 artis Kamakura-bori dan kini, terdapat lebih daripada 100 orang.

    Bagaimanapun, beliau berkata industri masih akan dapat berjalan dengan baik jika mereka dapat memasukkan idea dan pera-saan baharu ke dalam karya itu. – ANN/Japan News

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...