Thursday, January 23, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pink hampir mati sebab dadah

    Penyanyi Amerika, Pink berkongsi kisah silam hampir kehilangan nyawa akibat pengambilan dadah secara berlebihan.

    Menurut laporan mStar, kejadian itu berlaku ketika dia masih berusia 16 tahun sebelum memulakan kerjaya sebagai seorang penyanyi.

    Malah Pink atau Alecia Beth Moore Hart, 44, secara terbuka mendedahkan dia mengambil pelbagai jenis dadah pada waktu berkenaan.

    “Ia berlaku pada sambutan Kesyukuran tahun 1995. Saya mengambil dadah secara berlebihan.

    Saya mengambil pil khayal dan pelbagai jenis dadah lain. Kemudian saya pengsan kerana berlebihan.

    Pink mengakui dirinya seorang yang nakal ketika remaja. – Utusan Malaysia

    “Iya, saya hampir mati,” katanya dalam satu temu bual.

    Seminggu selepas kejadian yang hampir mengorbankan nyawanya itu, Pink mula menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman dan memulakan kerjaya bersama kumpulan Choice.

    Detik hitam itu juga menjadi pengajaran terbesar buatnya untuk tidak lagi mengambil dadah secara berlebihan.

    Dalam temu bual sama, penyanyi ini memberitahu antara faktor dia terjebak dengan najis dadah ketika usia remaja adalah disebabkan masalah keluarga.

    “Saya membesar dalam keluarga di mana ibu bapa saya sering bertengkar. Mereka saling membenci antara satu sama lain.

    “Saya mengambil dadah dan turut menjualnya. Itu juga punca saya dihalau keluar rumah dan diberhentikan sekolah,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda