Oleh Fadhil Yunus –
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Program pembangunan bola sepak akar umbi tempatan Projek Ikan Pusu (PIP) menamatkan siri perlawanan persahabatan menentang Tunas Asas Bola Sepak (TABS) dengan rekod tanpa kalah di Padang TABS Kota Kinabalu, Sabah hujung minggu lalu.
Akademi bola sepak yang telah lama bertahan itu seri dengan pasukan A dalam kebuntuan dan menang 1-0 dua kali dengan kedua-dua gol disumbangkan Mohd Adam Azhari bin Abdul Rahman.
Pasukan itu dibimbing oleh Pengiran Mohd Yusnorraimy bin Pengiran Yusop.
Ketua Delegasi PIP, Haji Omar bin Haji Jamil berkata, “Saya amat gembira dengan keputusan perlawanan tersebut. Pemain PIP mengikut strategi yang telah kami aturkan.”
Beliau seterusnya menambah, “Walaupun ini hanya perlawanan persahabatan, keputusan menunjukkan bahawa PIP sudah memadai untuk membuktikan keupayaan pemain Brunei Bawah 13 tahun.”
Beliau juga menyatakan peningkatan prestasi pasukan berbanding kunjungan mereka ke Labuan pada Februari 2023.
Sementara Pengurus PIP, Cheah Swee Ming juga mengongsikan sentimennya, “Kita mesti menyokong pasukan ini kerana mereka adalah masa depan bola sepak Brunei.”
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P23-4-PIP_28082023.jpg)