Wednesday, February 19, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Playoff: Tim Cahill bawa mesin ais ke Honduras

    MELBOURNE, 6 Nov – Penjaring utama Australia, Tim Cahill (gambar) membawa mesin ais di atas pesawat dalam penerbangan yang lama menuju Honduras hari ini untuk merawat kecederaan buku lali yang dialaminya, ketika dia berusaha untuk cergas bagi persaingan playoff Piala Dunia minggu ini.

    Pemain veteran, Cahill, 37, berkata dia akan menerima rawatan dari ahli kakitangan perubatan Australia sepanjang perjalanan 15 jam tersebut, yang menambah dia berharap akan pulih segera dengan ‘usaha berterusan’.

    Tetapi penjaring terbanyak Australia itu, yang menjaringkan dua gol ketika menentang Syria membawa pasukan Socceroo ke dua pusingan perlawanan menentang Honduras, berkata tidak ada jaminan dia akan cergas bagi perlawanan Jumaat depan di San Pedro Sula.

    Cahill mendapatkan kecederaan buku lalinya ketika separuh masa pertama kekalahan Melbourne City 1-0 dalam persaingan A-League kepada Sydney FC pada Jumaat lalu. Dia lepas dari mengalami keretakan, tetapi sama ada dia boleh beraksi di Honduras masih tidak diketahui.

    “Saya tidak menjanjikan sesuatu, tetapi ini adalah peluang besar bagi kami, peluang untuk berada dalam Piala Dunia keempat berturut-turut,” kata Cahill di lapangan terbang Melbourne, di mana dia tiba dengan pek ais di kakinya.

    “Kami telah membuat keputusan, jika berkesan, ia luar biasa.

    “Saya memiliki pengalaman kecederaan selama 20 tahun pada peringkat tinggi, dan anda boleh mempercepatkan proses itu dengan usaha berterusan.”

    Cahill memiliki dua pakar fisioterapi ke atas buku lalinya dalam harapan dia sekurang –kurangnya memainkan beberapa peranan sebelum perlawanan timbal balik di Sydney pada 15 November.

    “Kami melalui penerbangan selama 15 jam, jadi saya akan mendapatkan empat rawatan termasuk meletakkan ais sepanjang perjalanan ke sana,” katanya, yang menambah: “Saya tidak akan meletakkan diri saya dalam kedudukan yang berbahaya.

    “Ia adalah dua minggu yang hebat bagi bola sepak Australia, tetapi saya tidak akan melakukannya jika saya merasakan ia adalah perkara yang salah. Saya akan melakukannya tetapi jika tidak, saya mahu berada bersama rakan sepasukan saya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda