Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    PM Jepun bakal adakan lawatan ke Korea Selatan

    SEOUL, 2 MEI – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, akan tiba di Korea Selatan hujung minggu ini untuk lawatan dua hari, kata pejabat presiden hari ini, ketika kedua-dua negara berusaha membaiki hubungan yang renggang akibat pertikaian sejarah.

    Kishida akan mengadakan lawatan kerja ke Korea Selatan atas jemputan Presiden Yoon Suk Yeol, lawatan dua hala pertama oleh seorang pemimpin Jepun sejak Oktober 2011, menurut kenyataan akhbar pejabat presiden.

    Yoon dan Kishida akan mengadakan sidang kemuncak pada Ahad, lapor agensi berita Yonhap.

    Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan kaedah untuk mengukuhkan kerjasama keselamatan bagi menangani ancaman nuklear dan peluru berpandu Korea Utara yang semakin meningkat.

    Isu buruh paksa menjadi isu utama dalam hubungan dua hala sejak Mahkamah Agung Korea Selatan memerintahkan dua syarikat Jepun membayar pampasan kepada mangsa semasa pemerintahan kolonial Tokyo 1910-45 di Semenanjung Korea.

    Yoon adalah presiden Korea Selatan pertama yang melakukan lawatan dua hala ke Jepun dalam tempoh 12 tahun.– Bernama

    Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol (kiri) dan Fumio Kishida, kanan semasa sidang akhbar bersama di pejabat perdana menteri di Tokyo, Jepun, 16 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...