Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Trio Bn anjur Kayuhan Santai Basikal

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MEI – Lebih 10 orang ahli Trio Bn yang terdiri daripada ahli veteran telah mengadakan acara Kayuhan Santai Basikal Lipat Bedudun Aidilfitri di Bandar Seri Begawan, baru-baru ini.

    Aktiviti kayuhan basikal berkenaan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara peminat basikal lipat di negara ini.

    Acara berkenaan juga untuk sama-sama memeriahkan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri yang sudah memasuki minggu kedua.

    Salah seorang ahli, Haji Zainal berkata, acara bertemakan ‘Berdudun di Aidilfitri’ itu disertai oleh peminat-peminat dan pasukan basikal lipat dari Daerah Brunei dan Muara, Tutong dan Belait.

    Bukan setakat itu, sebilangan ahli menggunakan pakaian cantik dan tradisi Melayu Brunei seperti berdastar, memakai kain sarung, cara Melayu dan sebagainya.

    Acara kayuhan santai berkenaan juga akan diadakan lagi pada 7 Mei ini pukul 8 pagi di Daerah Belait.

    Penyertaan orang ramai khususnya warga di Daerah Belait yang meminati basikal lipat adalah dialu-alukan bagi memeriahkan lagi acara berkenaan.

    Ahli-ahli Trio Bn ketika memeriahkan suasana di ibu negara menggunakan pakaian tradisi Melayu pada acara Kayuhan Santai Basikal Lipat Bedudun Aidilfitri.
    Sambutan Hari Raya yang sudah memasuki minggu kedua tetap dimeriahkan dengan cara yang unik oleh 10 ahli Trio Bn yang tampil dengan kelainan apabila sebahagian ahlinya lengkap berbaju Melayu, bersamping dan berdastar semasa acara Kayuhan Santai Basikal Lipat Bedudun Aidilfitri di Bandar Seri Begawan, baru-baru ini. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Acara sempena sambutan Hari Raya ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...