Sunday, September 24, 2023
27.8 C
Brunei

    -

    PM Kanada isytihar Hari Kebangsaan Menentang Keganasan Senjata

    OTTAWA, 2 JUN – Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengisytiharkan bahawa Jumaat pertama pada Jun setiap tahun sebagai Hari Kebangsaan Menentang Keganasan Senjata, lapor Xinhua.

    “Bermula hari ini, sempena memperingati mangsa keganasan senjata api, memberi kesedaran tentang krisis yang melanda negara kita, dan menggalakkan rakyat Kanada untuk bersama-sama mencari penyelesaian,” kata Trudeau dalam satu kenyataan media.

    Menurut kenyataan itu, warga Kanada diminta memakai pakaian putih pada hari itu sebagai simbol keamanan dan gencatan senjata.

    Keganasan senjata api dilaporkan masih meningkat di Kanada walaupun kerajaan mengambil tindakan bersepadu, termasuk mengharamkan 1,500 model senjata api dan memperkenalkan Rang Undang-Undang C-21, iaitu undang-undang kawalan senjata api paling sukar di Kanada dan melarang pemilikan senjata api. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...