Thursday, February 13, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    PNI bubar, lantik AJK

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OGOS – Persatuan Nurul Islam (PNI) Daerah Brunei dan Muara telah mengadakan majlis perasmian mesyuarat agung bagi menandakan sesi pembubaran ahli jawatankuasa (AJK) bagi sesi 2017-2019/2023 dan seterusnya melantik AJK baharu bagi sesi 2023-2027 di Dewan Serba Guna Pusat Dakwah Islamiah, hari ini.

    Antara yang hadir menyaksikan majlis perasmian berkenaan ialah Pemangku Penolong Pengarah Pusat Dakwah Islamiah, Haji Ahmad Abdusslam bin Haji Abdul Rahman dan Ketua Bahagian Pembangunan Mualaf, Dr Hajah Rohanita binti Haji Yaakub.

    Dengan adanya AJK yang baharu dilantik ini, mereka diharap akan dapat menerajui PNI dengan lebih maju dan menyerlah dalam melaksanakan kegiatan atau aktiviti persatuan.

    Di samping itu, ia juga diharap dapat menampilkan kepimpinan dalam berpersatuan bagi mengerakkan ahli-ahlinya turut serta dalam semua aktiviti yang dijalankan ke arah mencapai objektif persatuan.

    Komitmen para AJK dan ahli persatuan merupakan indikator dalam mengukur keupayaan sesebuah persatuan itu bergerak lebih mantap dan berjaya.

    Maka, dengan lantikan AJK yang baharu itu juga diharapkan persatuan berkenaan akan dapat memberi nafas baharu kepada saudara-saudara baharu (mualaf) yang menjadi ahli persatuan.

    Ia juga diharap terus berusaha memajukannya dengan pelbagai aktiviti yang bercorak keagamaan, sambutan hari-hari kebesaran Islam, pendidikan dan bidang usahawan seiring dengan matlamat dan objektif persatuan.

    ATAS & BAWAH : PNI Daerah Brunei dan Muara telah mengadakan majlis perasmian mesyuarat agung bagi menandakan sesi pembubaran AJK sesi 2017-2019/2023 dan lantikan AJK baharu. – Gambar serahan PDI
    Gambar serahan PDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda