Sunday, February 2, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis buru lelaki Indonesia disyaki bunuh rakan senegara

    MUKAH, 16 DIS – Polis memburu seorang lelaki Indonesia yang disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan sehingga mengakibatkan kematian rakan senegaranya di sebuah rumah pekerja ladang kelapa sawit di sini semalam.

    Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata suspek berusia 30an yang dikenali sebagai Aci telah melarikan diri selepas kejadian berkenaan yang berlaku kira-kira pukul 6 petang.

    Beliau berkata mangsa yang berusia 29 tahun ditetak menggunakan objek tajam menyebabkannya cedera parah di bahagian leher dan perut dalam pergaduhan dipercayai berpunca akibat perselisihan faham.

    “Kita telah lancarkan Op Kesan dan Op Tutup bagi mengesan suspek di kawasan ladang di daerah ini dan daerah berdekatan di samping melakukan sekatan jalan raya,” katanya ketika dihubungi.

    Beliau berkata operasi itu turut disertai Unit Anjing Pengesan K9 serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda