LOS ANGELES, 1 MAC – Polis di bandar El Cajon di California kelmarin melancarkan operasi mencari seorang penembak yang melarikan diri berikutan kejadian tembakan di pejabat doktor gigi menyebabkan seorang maut dan dua cedera, lapor media tempatan.
Polis di bandar itu, kira-kira 30 kilometer di luar San Diego, berkata di media sosial, mereka sedang mencari suspek ‘bersenjata dan berbahaya’ berusia 29 tahun yang melarikan diri dari tempat kejadian selepas serangan itu, yang mereka gambarkan sebagai ‘kejadian penembak aktif’.
Dua orang yang cedera dibawa ke hospital dalam keadaan stabil, lapor stesen TV tempatan, KUSI.
Bagaimanapun, tidak jelas sama ada penembak mengenali mangsa. – AFP