MANILA, 22 DIS – Seorang pegawai polis di Filipina diberkas dan didakwa dengan dua tuduhan membunuh seorang ibu dan anak lelakinya susulan pertengkaran dengan mereka di kampung halamannya di Paniqui. Jonel Nuezca menyerah diri pada Ahad selepas dia dituduh menembak mati jirannya, Sonya Gregario, 52 dan anak lelakinya, Frank, 25.
Dalam video yang dikongsi dan tular di media sosial, Nuezca kelihatan menembak Gregario dua kali dan anak wanita itu sedas yang berlaku di bandar Tarlac.
Menurut laporan BBC News, kejadian tembakan berlaku akibat perbalahan mengenai meriam yang diubahsuai dan berlanjutan dengan isu tanah bersama Nuezca yang ketika itu bersama anak perempuannya.
Ketua Polis Kebangsaan Filipina, Debold Sinas memberitahu media tempatan bahawa Nuezca sudah pun berhadapan lima pertuduhan pentadbiran termasuk dua bagi pembunuhan meskipun kedua-duanya digugurkan kerana kekura-ngan bukti. Menurutnya, pegawai polis itu masih dibenarkan membawa pistol ketika tidak bertugas.
Semenjak video itu muncul online, pelbagai tanda pagar trending di media sosial menyeru bagi keadilan. – Agensi