Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Indonesia hantar balik mafia dalam pelarian ke Itali

    DENPASAR, INDONESIA, 19 FEB – Polis Indonesia hari ini berkata, mereka akan menghantar pulang seorang pelarian Itali-Australia yang ditangkap di pulau pelancongan Indonesia, Bali ke Itali selepas tujuh tahun dalam pelarian berhubung pengedaran dadah dan jenayah terancang.

    Antonio Strangio, 32, muncul dalam senarai ‘notis merah’ Interpol apabila dia dihalang dan ditahan di Bali pada 3 Februari selepas tiba dari Kuala Lumpur, Malaysia.

    Jurucakap polis Bali, Satake Bayu Setianto memetik alasan keselamatan dalam enggan menyatakan bila Strangio akan dihantar pulang ke Itali, tempat dia dikehendaki atas tuduhan mengedar 160 kilogram ganja.

    Suspek ditunjukkan kepada pemberita pada sidang akhbar di lapangan terbang yang dikendalikan oleh polis dan diiringi ke balai berlepas pada petang hari ini.

    Strangio didakwa mempunyai kaitan dengan ‘ndrangheta mafia, dianggap oleh pendakwa raya Itali sebagai organisasi jenayah paling penting di dunia Barat.

    “Bagi ‘ndrangheta, terdapat operasi khas antara negara-negara Eropah, dan semua anggotanya adalah subjek notis merah yang mesti bertanggungjawab untuk perbicaraan di negara ma-sing-masing,” Anggaito Hadi Prabowo, seorang pegawai dari bahagian perhubungan antarabangsa polis nasional Indonesia, memberitahu pemberita. – AP

    Pegawai-pegawai imigresen mengiringi Antonio Stangio (tengah) ke sidang media di Nusa Dua, Bali, Indonesia, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda