Wednesday, February 12, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Indonesia laksana sistem mata demerit lalu lintas pada 2025

    JAKARTA, 6 JAN – Kor Polis Trafik Indonesia mengumumkan sistem mata demerit lalu lintas yang direkodkan dalam laporan aktiviti trafik peribadi akan dilaksanakan untuk semua pemegang lesen memandu kebangsaan mulai 2025, menurut laporan agensi berita ANTARA.

    “Sistem ini akan mencerminkan tabiat pemanduan selamat pengguna jalan raya, dengan parameter berdasarkan pelanggaran peraturan lalu lintas atau kemalangan yang berlaku,” kata Ketua Kor Trafik, Inspektor Jeneral Aan Suhanan, dalam satu kenyataan kelmarin.

    Suhanan menjelaskan setiap pemegang lesen memandu akan diberikan 12 mata setiap tahun, yang akan ditolak setiap kali mereka melanggar peraturan lalu lintas. Sekiranya kesemua mata mereka habis, lesen memandu akan dibatalkan.

    Menurut beliau, pelanggaran kecil akan mengurangkan satu mata, pelanggaran tahap sederhana tiga mata, manakala pelanggaran besar menyebabkan pengurangan lima mata.

    “Manakala, kemalangan yang menyebabkan kematian akan menyebabkan pengurangan 12 mata dan pelanggaran seperti langgar lari boleh mengakibatkan pembatalan lesen memandu secara kekal,” kata Suhanan.

    Rekod mata demerit itu akan dimasukkan ke dalam semakan rekod jenayah peribadi (SKCK) yang dikeluarkan kepada penduduk. SKCK merupakan satu daripada syarat untuk mendapat pekerjaan dalam beberapa profesion. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda