Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Polis Indonesia tahan tiga warga Mexico

    DENPASAR, 31 JAN – Polis Indonesia kelmarin berkata bahawa mereka telah menahan tiga warga Mexico kerana didakwa merompak di pulau peranginan Bali yang menyebabkan seorang pelancong dari Turkiye cedera parah.

    Tangkapan dibuat pada Sabtu di sebuah vila di kampung Ungasan di daerah Badung di Bali di mana lelaki Mexico itu tinggal sejak 7 Disember sebagai pelancong, kata jurucakap Polis Bali, Jansen Avitus Panjaitan.

    Tiga lelaki yang ditahan dan seorang lelaki Mexico keempat memecah masuk sebuah vila berhampiran tempat pelancongan popular di Kuta minggu lalu selepas mengacukan senjata mereka ke arah pengawal keselamatan dan memaksanya menyerah diri, kata Panjaitan.

    Empat lelaki bersenjatakan tiga pistol itu menembak peluru ke arah beberapa tetamu yang berlari keluar dari vila untuk keselamatan. Suspek-supek itu mencuri dolar Amerika Syarikat dan mata wang Indonesia bernilai kira-kira $5,900 dari vila itu, dan menembak seorang lelaki Turkiye berusia 39 tahun di perut, tangan kiri dan dada belakang kirinya, kata polis.

    Suspek merancang rompakan dengan menyediakan senjata api dan mengawasi vila yang menjadi sasaran, kata polis.

    Rakaman kamera pengawasan dan keterangan saksi membawa polis menemui empat suspek Mexico, seorang yang masih dicari dan tiga yang diarak pada sidang akhbar itu memakai gari dan jaket oren. – AP

    Polis Indonesia menahan tiga warga Mexico selepas seorang pelancong Turki cedera dalam rompakan bersenjata di Bali, Indonesia pada 30 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...