Monday, April 15, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Polis Indonesia patahkan cubaan seludup daging

    JAKARTA, 16 FEB – Polis Indonesia menggagalkan cubaan menyeludup dua kontena daging sejuk beku jenama Allana dari Malaysia ke Jakarta.

    Ketua biro penerangannya, Brigadier Jeneral Ahmad Ramadhan, berkata ketika pemeriksaan, anggota pasukan Agensi Siasatan Jenayah menemukan sejumlah 1,426 daging dalam kontena itu.

    “Kontena itu dihantar ke Jakarta menerusi Pontianak (Kalimantan Barat) dari Malaysia dan tiga suspek ditahan,” lapor portal berita detikNews yang memetik kenyataan Ahmad.

    Beliau berkata penyeludup menggunakan sijil Produk Perikanan Domestik (e-SKIPP) tetapi jenis item yang diisytiharkan tidak sama dengan dokumen yang disertakan.

    Kes berkenaan disiasat di bawah Artikel 263 Kanun Keseksaan kerana memalsukan dokumen dan Artikel 266 kerana kesalahan membuat perisytiharan palsu serta Artikel 3, Artikel 4 dan Artikel 5 Undang-Undang No. 8 kerana penggubahan wang. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia siasat mengapa lelaki yang menikam 6 orang hingga mati...

    MELBOURNE, 15 APRIL - Polis Australia sedang meneliti mengapa penyerang tunggal yang menikam enam orang hingga mati di pusat membeli-belah Sydney yang sibuk dan...