Friday, May 9, 2025
31.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Poland tumpas sindiket pemalsuan dokumen di Eropah

    WARSAW, 21 FEB – Pengawal sempadan Poland mengumumkan hari ini penumpasan sindiket di sebalik pemalsuan dan pengedaran dokumen pengenalan daripada beberapa buah negara Eropah.

    Penyiasatan bermula dengan Europol pada tahun 2020, membawa kepada penangkapan kira-kira 40 orang, semua warga Ukrainia dan Belarus, iaitu di beberapa bandar Poland, beritahu jurucakap pengawal sempadan di wilayah tenggara Rzeszow, Piotr Zakielarz, kepada AFP.

    Lapan daripada mereka ditempatkan di pusat tahanan sebelum perbicaraan dengan dua buah kilang percetakan dirobohkan, dan lebih daripada 12,000 dokumen palsu dirampas.

    Kumpulan tersebut menjual dokumen termasuk pasport, kad pengenalan dan dokumen kediaman untuk Poland dan negara-negara lain, pada harga kira-kira 1,500 euro setiap satu.

    Mereka juga menawarkan lesen memandu, pelbagai jenis sijil perubatan dan kontrak pekerjaan melalui laman web dan rangkaian sosial.

    Pelanggan dapat melihat gambar produk sebelum membelinya. – AFP

    Gambar Fail
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda