Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    2 maut dalam serangan senjata api di bandar Poznan

    WARSAW, 17 JULAI – Dua lelaki maut dalam kejadian tembakan di sebuah restoran di pusat bandar Poznan, Poland, kata polis tempatan semalam.

    Jurucakap polis Poznan, Andrzej Borowiak, berkata kejadian itu berlaku di taman restoran hotel di jalan St. Martin, di Bandar Lama Poznan, kawasan yang popular dengan pelancong.

    Borowiak berkata seorang daripada dua lelaki itu terbunuh di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital. Lelaki itu adalah penduduk Poznan, berumur 30 dan 31 tahun.

    Beliau berkata polis ‘pasti’ bahawa salah seorang lelaki itu bertanggungjawab atas kejadian itu dan sedang berusaha untuk mengetahui apa kaitan antara kedua-duanya.

    Akhbar Gazeta Wyborcza melaporkan saksi mengatakan seorang lelaki menembak seorang lagi dan kemudian menembak dirinya sendiri, namun tidak mengenal pasti saksi.

    Polis dan pendakwa kini sedang menyiasatnya. – AP

    Sebuah van polis diletakkan di hadapan taman restoran itu di mana dua lelaki maut berikutan tembakan di kawasan pelancongan popular di Poznan, Poland, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangkai tikus dalam roti, lebih 100,000 ditarik balik di Jepun

    TOKYO, 8 MEI - Lebih 100,000 peket roti telah ditarik balik di Jepun selepas bahagian bangkai tikus hitam ditemui di dalamnya, kata pengilang hari...