Thursday, November 14, 2024
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis siasat kes cubaan akses data Kate

    LONDON, 20 MAC – Polis telah diminta untuk melihat dakwaan bahawa sekurang-kurangnya seorang pekerja cuba mengakses rekod perubatan sulit Catherine, Puteri Wales semasa dimasukkan ke hospital untuk pembedahan perut, kata seorang menteri hari ini.

    Permintaan itu susulan laporan The Daily Mirror yang mengatakan sekurang-kurangnya satu percubaan dibuat untuk mengakses maklumat peribadi di The London Clinic, sebuah hospital swasta.

    Catherine, yang lebih dikenali sebagai Kate dan suaminya Putera William adalah pewaris takhta, menghabiskan dua minggu di sana pada bulan Januari.

    Pegawai polis berkawal di luar Klinik London, di mana Kate ditempatkan selepas pulih daripada pembedahan, di London. – AP

    Butiran mengenai keadaannya belum dikeluarkan tetapi pejabat Istana Kensingtonnya sebelum ini berkata ia tidak berkaitan dengan kanser dan puteri itu berharap maklumat perubatan peribadinya kekal rahsia.

    Menteri Kesihatan, Maria Caulfield berkata peraturan untuk mengakses maklumat pesakit adalah ‘sangat, sangat jelas’.

    “Melainkan awda menjaga pesakit itu, atau melainkan mereka telah memberi awda kebenaran, awda tidak sepatutnya melihat nota pesakit,” katanya kepada radio, LBC.

    “Pemahaman saya ialah polis telah diminta untuk melihatnya,” katanya.

    Satu kenyataan daripada Polis Metropolitan London berkata ia ‘tiada sebarang rujukan… pada masa ini’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda