Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    Dua wanita maut, anak damit diculik di taman Mexico

    CLOVIS, 6 MEI – Dua wanita ditemui mati dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun cedera parah di sebuah taman berhampiran Clovis, New Mexico, kata pihak berkuasa semalam.

    Sementara itu, polis berkata mereka sedang mencari seorang anak damit perempuan berusia 10 bulan yang diculik, yang merupakan anak kepada salah seorang mangsa.

    Setakat ini, tidak ada suspek lain yang dikenal pasti dalam kes itu.

    Polis telah mengenal pasti wanita yang maut itu sebagai Samantha Cisneros dan Taryn Allen, kedua-duanya berumur 23 tahun dan dari Texico, New Mexico.

    Mereka berkata sekurang-kurangnya seorang daripada wanita itu mati ditembak.

    Sementara itu, kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun tersebut cedera parah dengan kesan luka tembakan.

    Polis Negeri New Mexico mengeluarkan Amber Alert lewat Jumaat untuk anak damit tersebut.

    Cisneros, yang merupakan ibu kepada kedua-dua anak berkenaan dan bapa kepada kanak-kanak perempuan itu bekerjasama dengan penyiasat dan tidak dipercayai sebagai suspek, menurut polis.

    Wanita itu ditemui di taman bandar kira-kira 8 kilometer di utara Clovis dengan dompet dan barang-barang pribadi ditemukan berhampiran mayat mereka, kata polis negeri.

    Sebuah kereta milik salah seorang wanita itu turut ditemui di tempat kejadian.

    FBI dan polis Clovis meminta orang ramai tampil memberikan mana-mana maklumat atau petunjuk yang dapat membantu menyelesaikan kes tersebut. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...