Tuesday, November 5, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis sudah kesan dalang ugut Ria Ricis

    Pelakon Ria Ricis membuat laporan polis selepas menjadi mangsa peras ugut daripada individu tidak dikenali yang mahu menyebarkan foto dan video peribadinya.

    Memetik kenyataan mStar, Ria berkata, individu tersebut turut meminta aktres tersebut memindahkan wang sebanyak 300 juta Rupiah atau RM87,000 jika tidak mahu foto dan videonya tersebar.

    “Saya membuat laporan polis berhubung ugutan menggunakan data peribadi saya.

    “Ancaman itu bukan sahaja kepada saya tetapi beberapa pihak lain seperti keluarga dan orang yang dekat dengan saya.

    “Sudah tentu saya rasa terancam. Mohon doa orang ramai supaya suspek cepat diberkas,” katanya.

    Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya iaitu Kombes Ade Ary Syam Indradi yang menerima laporan daripada Ria.

    “Dia (Ria) membuat laporan pada 7 Jun lalu kerana menerima ugutan melalui media elektronik di mana ada individu mahu sebar gambar atau video peribadi mangsa di media sosial,” katanya.

    Polis juga sudah pun mengesan pemilik nombor akaun tersebut yang dikenali sebagai Jacky dan siasatan selanjutnya masih diteruskan. – Agensi

    Ria diminta untuk memindahkan wang sebanyak RM87,000 kepada pemeras ugut. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda