Sunday, May 19, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Polis tahan 125 aktivis di Universiti Amsterdam

    THE HAGUE, 7 MEI – Polis menahan kira-kira 125 aktivis ketika mereka membubarkan kem demonstrasi pro-Palestin di Universiti Amsterdam hari ini, ketika protes yang telah menggemparkan kampus di Amerika Syarikat (AS) tersebar ke Eropah.

    Polis di ibu negara Belanda berkata dalam satu kenyataan di platform media sosial X bahawa tindakan mereka ‘perlu untuk memulihkan keadaan’ selepas protes bertukar menjadi ganas. Tiada laporan segera mengenai kecederaan.

    Video dari tempat kejadian yang disiarkan oleh penyiar nasional NOS menunjukkan polis menggunakan penggali mekanikal untuk menolak penghadang dan pegawai yang menggunakan belantan dan perisai bergerak masuk untuk menamatkan demonstrasi, memukul beberapa penunjuk perasaan dan merobohkan khemah.

    Penunjuk perasaan membentuk penghadang daripada palet kayu dan basikal, lapor NOS.

    Puluhan penunjuk perasaan menduduki sebuah pulau kecil di universiti itu kelmarin, menggesa universiti Amsterdam untuk memutuskan hubungan akademik dengan Israel disebabkan serangan di Gaza susulan serangan pada 7 Oktober oleh pejuang Hamas di selatan Israel.

    Terdapat juga demonstrasi di beberapa kampus di Perancis dan United Kingdom dalam beberapa hari kebelakangan ini. – AP

    Polis menahan kira-kira 125 aktivis ketika mereka membubarkan kem demonstrasi pro-Palestin di Universiti Amsterdam di Amsterdam pada 7 Mei. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...