Sunday, May 19, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Atlet karate negara kutip pingat gangsa

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – Pasukan Kebangsaan Brunei Darussalam telah menyertai Kejohanan Persekutuan Karate Asia Tenggara (SEAKF) ke-11 yang berlangsung di Thailand pada 25 hingga 27 April lalu.

    Seramai 15 orang atlet kebangsaan diiringi oleh tiga jurulatih kebangsaan dari Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) yang terdiri daripada Jurulatih Kumite, Haji Okhida dan Nabil; dan Jurulatih Kata, Bayu.

    Ini termasuklah beberapa delegasi daripada Persatuan Karate Brunei Darussalam telah pun menyertai kejohanan tersebut dalam kategori-kategori yang dipertandingkan iaitu acara Kumite dan Kata.

    Pada kejohanan tersebut, atlet negara, Awang Muhammad Azizul Aafii bin Mohammad Nazeri berjaya memperoleh satu pingat gangsa bagi acara Kumite Kategori Kadet Persendirian Atas 70 kilogram.

    Awang Muhammad Azizul Aafii berjaya merangkul pingat gangsa semasa Kejohanan SEAKF ke-11 di Thailand. – GAMBAR SERAHAN PERSATUAN KARATE BRUNEI DARUSSALAM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...