Saturday, February 8, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis tahan dua buruh miliki syabu

    SANDAKAN, 24 Feb – Polis menahan dua buruh dan merampas syabu seberat 21.5 gram dalam serbuan di sebuah hotel penginapan di Jalan Dua Bandar Sandakan pada Ahad lepas.

    Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Hamin berkata kedua-dua lelaki yang ditahan itu berusia 43 dan 58 tahun.

    Katanya serbuan dilakukan pada jam 10.30 malam dan kedua-dua lelaki itu ditahan di koridor hotel tersebut serta merampas daripada mereka satu peket plastik mengandungi syabu tersebut yang disimpan di dalam satu beg.

    Ujian air kencing menunjukkan kedua-dua mereka positif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Dalam kes berasingan, Azhar berkata dua pemuda berusia 18 tahun ditahan selepas merampas daripada mereka 5.1 gram syabu dalam serbuan di Kampung Cahaya Baru Batu 3 di sini pada pukul 3 petang, semalam.

    Katanya syabu tersebut dibungkus dalam peket plastik kecil dan kertas timah ditemui di poket seluar yang dipakai kedua-dua lelaki itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda