Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis tahan ibu disyaki sumbat mayat anak

    BOBIGNY, PERANCIS, 28 JAN – Polis Perancis telah menahan ibu kepada seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang mayatnya ditemui disumbat ke dalam beg pakaian di luar Paris, kata pendakwa raya.

    Mayat budak lelaki tersebut ditemui kelmarin di bandar Ferrieres-en-Brie di timur Paris.
    Ibu berusia 33 tahun diburu polis itu telah berjaya ditahan di bandar Choisy-le-Roi berhampiran di rumah ahli keluarga setelah, kata pendakwa raya wilayah.

    Kebimbangan pada mulanya tercetus selepas darah ditemui di rumah keluarga dan pihak berkuasa segera memulakan operasi mencari.

    Siasatan telah membawa kepada penemuan mayat kanak-kanak yang “disembunyikan dalam beg pakaian, dalam tong sampah” berhampiran rumah keluarga, kata Laureline Peyrefitte, pendakwa raya dari bandar Meaux.

    “Mangsa mengalami be-berapa kecederaan serius, kemungkinan besar disebabkan oleh tikaman,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda