Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Polis tembak mati suspek curi kereta

    VENISSIEUX, PERANCIS, 19 OGOS – Polis Perancis melepaskan tembakan ke arah sebuah kenderaan apabila pemandunya cuba melarikan diri ketika polis menghampiri menyebabkan satu penumpang terbunuh, kata pendakwa raya.

    Insiden itu berlaku selepas beberapa siri tembakan maut oleh pegawai sekaligus menyebabkan perdebatan mengenai penggunaan kekerasan oleh pegawai polis.

    Empat pegawai peronda melihat kenderaan yang dilaporkan hilang di sebuah tempat letak kereta di Venissieux, bandar tenggara Lyon, pada tengah malam.

    Ketika pegawai peronda hendak memeriksa identiti penumpang, pemandu tiba-tiba cuba melarikan diri, menyebabkan seorang pegawai tercampak ke atas bonet kenderaan.

    Dua pegawai peronda tersebut kemudian melepaskan beberapa das tembakan, kata pendakwa raya.

    Apabila kereta itu berhenti, pegawai polis mendapati pemandu dan penumpang mengalami kecederaan parah. Penumpang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan pemandunya dimasukkan ke hospital, sumber polis berkata.

    Pegawai yang melepaskan tembakan telah disoal siasat oleh agensi penyiasatan dalaman polis iaitu satu proses rutin apabila pegawai menggunakan senjata mereka semasa menjalankan tugas. Keganasan polis telah menjadi perhatian orang awam selepas beberapa kejadian tembakan maut oleh pegawai polis yang dilihat oleh pengkritik sebagai penggunaan kekerasan oleh pasukan keselamatan Perancis. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...