Sunday, June 23, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    Politeknik Temasek Singapura teroka potensi untuk pelajar lawat Sarawak

    KUCHING, 14 JUN – Lawatan delegasi Politeknik Temasek Singapura baru-baru ini bertujuan meneroka tempat yang berpotensi bagi mengadakan lawatan pelajar pada masa hadapan selain bertemu pihak kerajaan dan akademik di Sarawak.

    Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak-Singapura (STATOS) yang menyelia lawatan itu berkata delegasi itu terdiri lima kakitangan dari Jabatan Perhubungan Antarabangsa, Fakulti Pengajian Perniagaan, Fakulti Pengajian Reka Bentuk serta Fakulti Pengajian Sains Kemanusiaan dan Sosial.

    “Objektif utama lawatan ini untuk mencari lokasi berpotensi bagi menganjurkan lawatan pelajar ke Sarawak dan menjalin hubungan kerjasama dengan institusi seperti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi Swinburne dan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak,” menurut STATOS dalam satu kenyataan hari ini.

    Lawatan itu lebih tertumpu kepada meneroka peluang kerjasama dengan agensi kerajaan dan mengenal pasti tempat sesuai untuk kumpulan pelajar yang lebih ramai dan sebagai susulan daripada lawatan pada Mei lepas yang menyaksikan Politeknik Temasek menghantar hampir 70 pelajar dari Singapura ke Kuching.

    STATOS memainkan peranan penting untuk memastikan politeknik menjalin hubungan penting dengan agensi yang sesuai di Sarawak melalui perjalanan itu dan percaya akan membuka jalan kepada lebih ramai pelajar dari Singapura untuk melawat Sarawak.

    “Selain itu, kami menjangkakan inisiatif ini akan memupuk peningkatan dalam program pertukaran pelajar antara Singapura dan Sarawak, mengukuhkan hubungan antara kedua-dua wilayah,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    Gambar oleh ANN/Straits Times
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia bantu tingkat kesediaan penyakit serantau

    CANBERRA, 21 JUN – Agensi sains kebangsaan Australia akan membantu negara-negara di Pasifik dan Asia Tenggara agar lebih bersedia menghadapi wabak penyakit, umum kerajaan...