Sunday, February 2, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    POLMAR gagalkan penyeludupan 1,000 katon rokok

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 FEB – Polis Marin (POLMAR), Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei, baru-baru ini berjaya menggagalkan aktiviti penyeludupan sebanyak 1,000 katon rokok berlainan jenis dalam rondaan yang dijalankan di perairan negara

    Menurut laporan, bot peronda POLMAR telah mengesan sebuah perahu yang mencurigakan bergerak laju tanpa lampu, menuju ke kawasan Kampong Ayer. POLMAR segera mengejar dan menjejaki perahu terbabit selepas mendapati tindakan mencurigakan di kawasan berkenaan.

    Menyedari kehadiran bot penguatkuasa, suspek bertindak melarikan diri ke kawasan bawah perumahan di Kampong Ayer. Suspek kemudian membuang muatan yang dibawa ke kawasan hutan bakau sebelum melarikan diri.

    Berikutan itu, satu operasi bersepadu yang melibatkan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) digerakkan bagi mengesan bot suspek serta kotak-kotak yang dibuang.

    Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, beberapa kotak yang ditinggalkan suspek ditemui. Siasatan lanjut mendapati kotak-kotak tersebut mengandungi barangan tegahan.

    Kesemua barangan tegahan itu telah diserahkan kepada pihak JKED untuk tindakan lanjut.

    Polis Marin akan terus mempergiatkan rondaan dan operasi bagi membanteras aktiviti jenayah yang menggunakan perairan negara. Orang ramai juga digesa untuk memberikan kerjasama dengan melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan bagi memastikan keselamatan dan keamanan perairan Negara Brunei Darussalam terus terpelihara.

    Antara barang tegahan yang telah berjaya dirampas dalam operasi berkenaan. –GAMBAR SERAHAN PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda