Monday, December 16, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pooja Hegde malas layan gosip cinta

    Pelakon Pooja Hegde menafikan khabar angin mendakwa kononnya dia kini sedang bercinta dengan aktor Salman Khan.

    Kata Pooja, 33, dia membaca gosip yang hangat diperkatakan itu namun enggan ambil peduli kerana terlalu sibuk dengan jadual kerja.

    “Saya membaca tentang kisah tersebut. Apa yang boleh saya katakan sekarang masih solo dan saya suka hidup begini.

    “Saya lebih memberi fokus kepada kerjaya dan selalu berpindah dari satu tempat ke tempat lain. Saya tiada masa untuk melayan semua khabar angin itu,” katanya.

    Kisah hubungan Pooja dan Salman mula menjadi perhatian apabila kedua-dua mereka berlakon sama dalam filem berjudul Kisi Ka Bhai Kisi Ki Jaan.

    Malah baru-baru ini Salman juga dilihat menghadiri majlis perkahwinan abang Pooja dan gambar mereka berdua menjadi tular di media sosial.

    Sementara itu, bercakap tentang pengalaman berlakon sama, Pooja meluahkan rasa seronok dan menyifatkan Salman sebagai seorang lelaki yang jujur.

    “Bekerja dengannya merupakan satu pengalaman terbaik. Apa yang awda lihat ketika sesi temu bual, itulah karakter Salman di set.

    “Saya suka dengan sikapnya yang berterus-terang,” ujarnya. – Agensi

    Pooja dan Salman hanya sekadar teman rapat. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda