Wednesday, May 1, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Salman Khan diugut?

    Pelakon popular Bollywood, Salman Khan telah menerima ugutan apabila dua penunggang motosikal melepaskan beberapa das tembakan di luar pagar rumahnya yang terletak di Bandra’s Galaxy Apartment, Mumbai.

    Memetik laporan MH, tembakan yang dilakukan pada pagi Ahad lalu adalah bermotifkan ugutan. Pihak polis Mumbai mengesahkan bahawa enam tembakan telah dilepaskan.

    Satu tembakan telah mengenai dinding perumahan terbabit manakala dua lagi peluru terkena balkoni unit milik Salman.

    Selepas melepaskan tembakan, kedua-dua suspek tersebut telah meninggalkan motosikal mereka di Gereja Mount Mary dan beredar menggunakan beca motor.

    Sementara itu, samseng buruan Anmol Bishnoi yang kini menjadi pelarian di luar negara mengaku bertanggung jawab ke atas tembakan itu menerusi satu hantaran di Facebook.

    Salman Khan pernah dijatuhi hukuman penjara dan denda kerana membunuh dua blackbuck pada tahun 1998. – mStar

    Menyifatkan kejadian itu sebagai ‘treler’, Bishnoi didakwa menulis bahawa tembakan itu merupakan ‘amaran pertama dan terakhir’ kepada Salman Khan.

    Bishnoi ialah adik kepada gengster yang dipenjarakan Lawrence Bishnoi, yang sebelum ini mengugut Salman Khan untuk meminta maaf kerana membunuh haiwan jenis blackbuck atau bersedia untuk menghadapi akibatnya.

    Blackbuck, dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar di India, dihormati oleh komuniti Bishnoi sebagai penjelmaan semula Guru suci mereka, Bhagwan Jambeshwar.

    Pada 2018, Salman Khan dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda Rs10,000 (RM572) kerana membunuh dua blackbuck di Rajasthan semasa penggambaran untuk filem Bollywood Hum Saath Saath Hain pada 1998.

    Pelakon tersebut bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin hanya dua hari selepas sabitan.

    Dalam laporan terkini, salah seorang daripada penembak upahan yang dikenali sebagai Vishal telah pun ditahan oleh pihak berkuasa Mumbai. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...