Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Porsche jelajah 3 daerah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OGOS – QAF Eurokars selaku pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Porsche di Brunei Darussalam, baru-baru ini, telah mengadakan jelajah konvoi sehari dari Bandar Seri Begawan ke Kuala Belait bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-73 tahun bersama sekumpulan pemilik kereta
    Porsche.

    Tujuan utama acara tersebut adalah bagi mengumpulkan komuniti tambahan kepada keluarga Porsche dan dengan penyertaan mereka mencerminkan perpa-duan, sokongan kuat dan yang tidak berbelah bahagi kepada raja.

    Majlis telah dimulakan dengan taklimat keselamatan di Pusat Porsche Brunei, diikuti dengan sarapan pagi.

    Sejumlah 33 kenderaan Porsche daripada model klasik ke model baharu dengan melibatkan seramai 38 orang peserta memulakan perjalanan setelah dilepaskan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud selaku tetamu kehormat majlis.

    Sejurus selepas pelepasan, Pemangku Timbalan Pengurus Besar QAF Eurokars, Lahiru De Silva bersama tetamu kehormat mengepalai para peserta ke tempat-tempat mercu tanda negara dengan perhimpunan terbesar kenderaan Porsche dalam satu tempat.

    Lahiru De Silva dalam kenyataan akbar dipetik sebagai berkata, “Tujuan acara perjalanan sehari Porsche ini adalah untuk menggabungkan jenama Porsche kami dengan nilai budayanya iaitu semangat perintis, minat, kesukanan dan keluarga.

    “Perjalanan ini akan membawa kita ke tempat-tempat mercu tanda negara yang cantik di Brunei bersempena dengan Ulang Tahun Hari Kepute-raan Baginda Sultan ke-73 tahun,”
    tambahnya.

    Pengiran Mohd Amirrizal menyempurnakan pelepasan para peserta jelajah tersebut.
    Sesi bergambar ramai para peserta Porsche Road Tour 2019.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda