Friday, May 9, 2025
31.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Porsche lancar tapak pengecasan EV pertama

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Porsche Brunei baru-baru ini telah mengadakan acara eksklusif di tapak Pengecasan Destinasi Porsche yang pertama di negara ini untuk pemilik Taycan bersempena dengan Hari Kenderaan Elektrik (EV) Sedunia.

    Seramai 10 orang pemilik Taycan telah menyertai majlis itu yang diadakan di After Chukkas Restaurante Asador, sebuah restoran Argentina, di Kampung Jerudong.

    Acara itu merupakan salah satu perhimpunan pertama bagi pemilik Taycan di Brunei sejak kereta itu dilancarkan di negara ini pada 2021.

    Ia juga peluang untuk mengumpulkan pembuat dasar, pengilang dan pengguna untuk membuat rangkaian dan membincangkan masa depan EV di dalam negara dan seluruh dunia.

    Majlis dihadiri oleh Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan) di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Pengerusi Bersama, Pasukan Petugas Bersama Kenderaan Elektrik (EVJTF), Haji Mohammad Salihin bin Haji Aspar selaku wakil Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Info-Komunikasi, dan Pakar Kanan E-Performance di Porsche Asia Pasifik, Xiang Yeow.

    Haji Salihin ketika melancarkan tapak Pengecasan Destinasi Porsche pertama di sebuah restoran di Kampung Jerudong. – Gambar serahan Porsche Brunei

    Dalam pada itu, Porsche Brunei juga melancarkan tapak pengecasan destinasi Porsche pertama di Brunei di tempat itu, menandakan peristiwa penting bagi Porsche Brunei memandangkan peralihan kepada EV semakin pantas.

    Pengecasan Destinasi Porsche membentuk sebahagian daripada pendekatan komprehensif syarikat untuk mencipta ekosistem pengecasan yang lancar bagi pemilik EV Porsche di seluruh negara.

    Di Brunei Darussalam, Porsche Brunei menawarkan penyelesaian yang ditempah khas untuk pengecasan peribadi dan Pengecasan Destinasi Porsche akan menambah lagi kemudahan pengecasan awam dengan titik pengecasan di lokasi gaya hidup yang kerap dikunjungi.

    Pengurus Besar Porsche Brunei, Lahiru De Silva dalam ucapannya berkata, “Hari ini, kami bukan sahaja meraikan Taycan, tetapi juga hala tuju yang jelas mengenai masa depan EV.

    “Kami berterima kasih kepada awda, pemilik Taycan kami, kerana menjadi pelabur pertama kenderaan elektrik bersama kami, kereta sport Porsche sebenar dengan jiwa elektrik,” tambahnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda