LISBON, 25 APRIL – Syarikat aeroangkasa pertahanan Portugal dan syarikat penerbangan Brazil Embraer menandatangani memorandum persefahaman (MOU) untuk mengeluarkan pesawat tentera di Eropah, lapor Xinhua.
Turut hadir pada majlis menandatangani MoU itu Perdana Menteri Antonio Costa dan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva yang sedang mengadakan lawatan rasmi empat hari ke Portugal.
“Hari ini, dengan pemeteraian MoU itu, kami mengorak satu lagi langkah penting dalam pembangunan berterusan teknologi untuk pesawat A-29 Super Tucano,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Embraer Defense & Security, Joao Bosco Costa Junior pada Isnin.
Beliau berkata versi baharu pesawat A-29 Super Tucano itu akan menampilkan peralatan yang memenuhi keperluan operasi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). – Bernama