Monday, April 28, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Portugal, destinasi percutian murah di Eropah

    LISBON – Ada sesetengah individu yang akan menitiskan air mata tatkala mendengarkan kesyahduan irama sesebuah lagu dalam bahasa asing walaupun pada hakikatnya ada yang tidak memahami makna setiap bait di dalam lirik tersebut.

    Justeru, perkara tersebut jelas dapat dialami tatkala mendengarkan irama pada Fado, sebuah lagu rakyat dan sebahagian tradisi Portugal di mana ia menggabungkan unsur drama dan irama flamenco yang cukup sentimental dan menenangkan.

    Seseorang itu tidak perlu untuk memiliki kemahiran untuk bertutur dalam Bahasa Portugal untuk menghayati lagu-lagu melankolik dan balada di mana rata-rata ia berkisarkan mengenai cinta, kehilangan, kerinduan yang merupakan sebahagian daripada budaya pelayaran dan telah dipraktikkan sejak berabad lalu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kelasi kapal, di mana tidak diketahui bila atau sama ada mereka berpeluang untuk bertemu lagi.

    Nikmati pelbagai hidangan lazat

    Di samping itu, antara beberapa perkara yang menjadi tarikan kepada para pelancong di sekitar Lisbon adalah sebuah muzium bernama Museu do Fado dan bekas rumah penyanyi ternama kelahiran daripada bandar itu, mendiang Amalia Rodrigues serta beberapa tapak peninggalan sejarah yang telah wujud seawal abad ke-15.

    Salah sebuah restoran popular di Lisbon adalah Sr. Vinho yang cukup terkenal dengan hidangan makanan laut. Para pengunjung juga turut dihiburkan dengan sebuah persembahan menarik yang didendangkan oleh seorang pemain gitar dan tiga orang penyanyi wanita.

    Menara Belem, sebuah kubu terletak di tebing Sungai Tagus yang dibina pada abad ke-16 juga menjadi mercu tanda bersejarah di Portugal. – AP
    Menara Belem, sebuah kubu terletak di tebing Sungai Tagus yang dibina pada abad ke-16 juga menjadi mercu tanda bersejarah di Portugal. – AP

    Tatkala, menjengah masuk ke Clube de Fado para pengunjung pasti akan terhibur dengan persembahan nyanyian daripada dua orang penyanyi wanita terkenal Fafa de Belem dan Cuca Roseta yang boleh dikatakan setanding dengan kehebatan persembahan daripada penyanyi terkemuka seperti Tina Turner dan Alicia Keys.

    Bagi memulakan hari indah di sebelah pagi, sajian sarapan yang biasanya dihidangkan adalah kopi dan kastard tart dikenali sebagai pasties de belem yang sangat enak.

    Sardin atau ayam panggang pula antara hidangan makan tengah hari yang cukup popular dan ia biasanya dihidangkan bersama-sama dengan buah zaitun, roti, keju dan sosej di dalam sebiji pinggan.

    Luangkan sedikit masa untuk menerokai Pasar TimeOut, sebuah medan selera yang menampilkan konsep moden di kawasan yang bersejarah di mana ia terdapat berpuluh-puluh vendor yang menawarkan pelbagai hidangan Asia, gelato dan banyak lagi.

    Terokai tempat bersejarah

    Portugal merupakan salah sebuah destinasi popular bagi tahun 2017 dan antara yang paling berpatutan di Eropah.

    Bilik hotel dan kos pengangkutan teksi yang ditawarkan juga boleh dikatakan cukup berpatutan sehingga para pengunjung tidak perlu untuk memilih bas atau kereta api sebagai pengangkutan utama di negara tersebut.

    Monumen Discoveries, sebuah kapal batu yang dibangunkan di Dermaga Sungai Tagus pada abad ke-20 untuk mengenang memori Zaman Penjelajahan. – AP
    Monumen Discoveries, sebuah kapal batu yang dibangunkan di Dermaga Sungai Tagus pada abad ke-20 untuk mengenang memori Zaman Penjelajahan. – AP
    Potret mendiang Amalia Rodrigues yang dipamerkan di dalam rumah penyanyi legenda tersebut di Lisbon, Portugal. – AP
    Potret mendiang Amalia Rodrigues yang dipamerkan di dalam rumah penyanyi legenda tersebut di Lisbon, Portugal. – AP

    Salah satu daripada destinasi kunjungan popular di negara itu adalah Istana Sintra yang memiliki reka bentuk indah terletak 26 kilometer daripada bandaraya Lisbon.

    Bukan sahaja reka bentuk luar istana tersebut yang indah bahkan ruang dalamannya juga sangat menakjubkan dilengkapi dengan pilihan jubin berkualiti sehingga ke aras siling.

    Selepas itu, para pengunjung juga boleh menerokai laluan sempit di Daerah Alfama yang menuju ke arah Menara Belem, sebuah kubu terletak di tebing Sungai Tagus yang dibina pada abad ke-16.

    Selain itu, Monumen Discoveries, sebuah kapal batu yang dibangunkan di Dermaga Sungai Tagus pada abad ke-20 untuk mengenang memori Zaman Penjelajahan juga menjadi satu mercu tanda kepada negara tersebut.

    Di samping itu, Makam Vasco da Gama, seorang pengembara revolusi yang pernah melakukan ekspedisi jelajah lautan sehingga ke India pada tahun 1498 juga menjadi salah satu tempat kunjungan popular di kalangan para pelancong.

    Sekiranya anda berhasrat untuk mencari sebarang cenderamata berupa barangan antik, perkakas rumah atau sesuatu barangan berharga jangan terlepas untuk singgah ke Lx Factory yang menawarkan pelbagai rangkaian barangan tersebut. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda