Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    ‘Potensi besar Brunei, UK teroka bidang lain’

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 FEB – Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof, baru-baru ini menghoskan Menteri Indo-Pasifik, Puan Yang Terutama Anne-Marie Trevelyan bagi kejayaan Dialog Strategik Brunei-United Kingdom (UK) kali kedua, baru-baru ini.

    PYT Anne-Marie Trevelyan diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama John Virgoe dan Penasihat Pertahanan British ke Brunei Darussalam, Group Captain Graeme Davis bersama para pegawai dari Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan UK.

    Turut menghadiri dialog itu, pegawai kanan kerajaan Brunei dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.

    Dialog Strategik itu diperakui oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Perdana Menteri UK ketika itu, ahli Parlimen Boris Johnson, semasa mesyuarat 3 Disember 2021 di Downing Street. Dialog Strategik pertama berlangsung pada 9 Disember 2021 di Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan di London.

    Dialog Strategik Brunei-UK merupakan langkah penting untuk mengukuhkan hubungan antara UK dan negara ini. Ia merangkumi rangkaian penuh kerjasama dua hala dalam bidang pertahanan dan keselamatan, pendidikan, perdagangan dan pelaburan, kerjasama kehakiman dan perubahan iklim.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan dan Puan Yang Terutama Anne-Marie Trevelyan semasa Dialog Strategik Brunei-UK kali kedua. – Gambar serahan Suruhanjaya Tinggi British di Brunei

    Yang Berhormat Dato dan PYT Anne-Marie Trevelyan memuji kekukuhan hubungan Brunei-UK dan menyatakan perkembangan sepanjang tahun lepas.

    Ini termasuk Dialog Perubahan Iklim, Dialog Maritim dan mesyuarat Jawatankuasa Perta-hanan Bersama baru-baru ini.

    Semasa dialog itu, Yang Berhormat Dato dalam ucapannya mengongsikan kemajuan yang dicapai sejak penubuhan Dialog Strategik dan seterusnya menjelaskan, terdapat potensi besar bagi Brunei dan UK untuk meneroka bidang lain dan mengeratkan kerjasama dalam mencapai matlamat yang saling menguntungkan.

    Beliau turut menyatakan perkongsian Brunei-UK dan kerjasama di ASEAN akan membuka peluang-peluang baharu.

    PYT Anne-Marie Trevelyan mengucapkan terima kasih kepada Brunei Darussalam dan bersetuju terdapat banyak bidang Brunei dan UK boleh bekerjasama termasuk menangani perubahan iklim dan berkongsi kepakaran, baik dalam ASEAN mahupun luar.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...