Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PPDBM sumbang wakaf

    TUTONG, 2 JAN – Persatuan Pengakap Daerah Brunei Muara (PPDBM) telah memberikan sumbangan wakaf berupa 20 pasang telekung untuk jemaah wanita dan 50 naskah buku Surah Al-Kahfi kepada Masjid Kampung Bukit Tutong baru-baru ini.

    Barangan dan buku-buku tersebut disumbangkan oleh keluarga Haji Ibrahim bin Bungsu manakala Majlis Pengakap Daerah PPDBM pula memberikan sumbangan wakaf berupa empat biji Emergency Light LED.

    Sumbangan wakaf, sebagai tanda keprihatinan PPDBM, disampaikan oleh Pengerusi PPDBM, Haji Jailani bin Haji Ibrahim kepada bilal masjid, Awang Ramli bin Haji Hidup.

    Pada majlis itu, wakil-wakil persatuan tersebut turut membantu memberikan sedekah minuman dan makanan kepada jemaah Masjid Kampung Bukit Tutong yang hadir pada waktu solat Fardu Jumaat di masjid berkenaan.

    Turut hadir menyaksikan penyerahan sumbangan wakaf itu ialah Timbalan Pengerusi PPDBM, Haji Saifulrijal bin Haji Hussin; Bendahari PPDBM, Haji Majid bin Haji Tengah dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah PPDBM, Pengiran Supri bin Pengiran Haji Hashim serta ahli-ahli Majlis Pengakap Daerah PPDBM termasuk ahli-ahli jawatankuasa tadbir masjid berkenaan.

    Sumbangan wakaf disampaikan oleh Haji Jailani kepada Awang Ramli.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda