Wednesday, April 23, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PPNBD bincang kegiatan Karnival 90

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JULAI – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) kelmarin telah mengadakan mesyuarat agung tahunan di Bilik Persidangan, Tingkat 4, Bangunan Ibu Pejabat PPNBD, Kompleks Pengakap Jalan Gadong.

    Mesyuarat telah dimulakan dengan bacaan surah dan doa sebelum ucapan alu-aluan daripada Yang Di-Pertua PPNBD, Dato Paduka Ar Haji Idris bin Haji Abas.

    Antara agenda yang dibentangkan adalah menyemak dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan 2022; pembentangan laporan-laporan daripada Setiausaha Agung dan Ketua Pesuruhjaya 2, laporan-laporan kewangan; Pindaan Perlembagaan PPNBD dan Pindaan Dasar, Organisasi dan Peraturan PPNBD.

    Tujuan mesyuarat tahunan tersebut diadakan adalah untuk mengongsikan dapatan-dapatan perolehan kewangan PPNBD, kegiatan-kegiatan dan acara yang telah dijalankan sepanjang tahun lepas dan acara yang akan datang terutama yang berkaitan dengan Karnival 90 sempena 90 Tahun Pergerakan Pengakap di Brunei Darussalam yang mana acara kemuncaknya ialah Jambori Nasional ke-5 yang akan dianjurkan pada Disember depan.

    Turut sama hadir semasa mesyuarat berkenaan ialah ahli-ahli Majlis Pengakap Kebangsaan, ahli-ahli Persatuan Daerah daripada Daerah Brunei dan Muara, Tutong, Belait dan Temburong berserta pesuruhjaya-pesuruhjaya dan penolong pesuruhjaya daerah dan pemimpin-pemimpin pengakap.

    Dato Paduka Ar Haji Idris semasa mesyuarat agung tahunan berkenaan. – Gambar serahan PPNBD
    Gambar ramai semasa mesyuarat berkenaan. – Gambar serahan PPNBD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda