Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    PPNBD sambut hari puja usia Ketua Pengakap

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) melalui Persatuan Pengakap Daerah Brunei dan Muara dan Takmir Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun, kelmarin, telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Ketua Pengakap PPNBD ke-49 Tahun.

    Majlis yang berlangsung di Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun itu turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Brunei dan Muara, Awang Samsuddin bin Haji Ahmad.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan Surah Yasin serta Doa Kesyukuran dan diakhiri dengan sembahyang fardu Isyak berjemaah.

    Turut hadir, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Brunei dan Muara, Haji Awang Mohd Khairul Anuar bin Pehin Penyurat Haji Awang Mohd Salleh serta para pemimpin dan ahli-ahli pengakap.

    Antara yang hadir pada majlis tersebut. – Gambar serahan PPNBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...